Hari Japerun Ayer Molek 2008/2009

Khamis, 30 Julai 2009

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana telah berjaya melaksanakan Hari Japerun Ayer Molek pada 17-19 Julai 2009 yang lalu bertempat di Kompleks Japerun Ayer Molek.Kejayaan ini adalah atas usaha semua Jawatankuasa Kerja Hari Japerun yang telah bertungkus lumus selama hampir sebulan dalam membuat persediaan bagi program ini. Pelbagai acara yang telah dijalankan seperti Seminar Pendidikan, Seminar Pembangunan Usahawan, Seminar Reka Cipta, Sukaneka, Sukan Rakyat, Cabutan Bertuah, Karaoke, Treasure Hunt, Forum Agama, Pertandingan Memasak & Gubahan, Pameran Agensi dan bermacam - macam lagi.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam di atas kesudian beliau hadir bagi merasmikan Hari Japerun Ayer Molek.

Kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah diucapkan terima kasih kerana telah bersama menjayakan hari Japerun ini bersama - sama Program MBMB Bersama Masyarakat Dun Ayer Molek. Ini merupakan program 2 dalam 1 yang berjaya dilaksanakan.

Saya bersyukur kerana sambutan yang diberikan oleh penduduk Dun Ayer Molek yang telah datang beramai- ramai dalam menjayakan program ini serta menyertai pelbagai acara yang disediakan.

Taklimat Peningkatan Prestasi Japerun & JKKK Dun Ayer Molek

Khamis, 2 Julai 2009

2 Julai 2009- satu Taklimat Peningkatan Prestasi Japerun Dan JKKK Dun Ayer Molek telah diadakan. Di mana ianya telah dihadiri oleh Pengerusi JKKK, Ketua UMNO, Wanita, Pemuda & Puteri Cawangan. Saya telah memaklumakan bahawa kerajaan negeri mengutamakan Key Performance Indicator (KPI) dalam meningkatkan presatsi kerajaan. Di mana ianya telah pun 2 kali dianjurkan.Taklimat pada malam ini diadakan bagi meningkatkan dan membuat penambahbaikan dalam pentadbiran Japerun & JKKK serta cawangan di Dun Ayer molek dari segi surat menyurat, laporan, maklumat atau permohonan yang dikemukakan menepati maksud yang dikehendaki. Ianya akan disampaikan oleh En. Sulaiman Md Sam dari MBMB.

Saya juga memaklumkan bahawa KPI perlu ditingkatkan tidak kira sama ada ianya di peringkat negeri, kerajaan atau kampung. Ianya juga boleh digunakan dalam analisa sikap yang akan dilaksanakan oleh pemuda & puteri di Dun Ayer Molek. Di kesempatan ini juga, saya telah memaklumkan Fasa ke 2 pelaksanaan projek PIA/PIAS yang akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat. Saya juga memaklumkan bahawa simpang Bukit Lintang akan dilebarkan, jalan di Akademi JPJ akan diluruskan, Jalan dari Tambak Paya ke Paya Dalam akan disambungkan sepanjang 2 km sehingga Lebuh AMJ dan jambatan Tamabk Paya akan dperbaiki semula.

En. Sulaiman telah menerangkan apa itu KPI. KPI dibina melalui Visi dan Misi yang telah ditetapkan sama ada di peringkat Japerun, JKKK ataupun cawangan. Ianya akan melibatkan kepuasan pelanggan atau penduduk di Dun Ayer Molek dengan menggunakan pendekatan sepeti Paiagam Pelanggan dan ianya perlu mempunyai proses kerja sebagai panduan kebolehan untuk menyampaikan maklumat serta menetapkan sasaran kerja. Ianya perlu memilih proses utama sahaja yang dijalankan.

Selain itu, Amalan 5S juga boleh digunakan iaitu Sisih, Susun, Sapu, Sentiasa Amal & Seragm. Dilaksanakan dalam pengurusan pejabat terutamanya pengurusan fail. Ianya akan meningkatkan lagi prestasi Japerun & JKKK serta cawangan agar ianya dapt direkodkan dengan lebih baik dan tersusun. Selain itu, konsep PDCA (Plan Do Check Action) juga boleh digunakan bagi pemantauan dan penambaikan akan dikenalpasti dengan mudah.

Kebajikan pekerja perlu diutamakan

Selasa, 9 Jun 2009

Dipetik dari Utusan Malaysia

MELAKA 9 Jun - Semua majikan kepada 133,407 pekerja asing di negeri ini diminta memberi keutamaan kepada kebajikan setiap pekerja mereka bagi memastikan tidak berlakunya gejala sosial yang boleh mencemarkan imej negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin berkata, usaha itu perlu dilakukan bagi memastikan tidak wujudnya penempatan seperti Mini Jakarta, Myanmar dan Bangladesh.

Menurut beliau, jika majikan mengabaikan soal kebajikan pekerja, ada kemungkinan besar berlakunya penempatan baru warga asing di negeri ini.

"Kerajaan negeri tidak mahu pekerja warga asing ini membuka penempatan baru yang mungkin tidak disenangi oleh masyarakat setempat dan jika ini berlaku dibimbangi kejadian yang tidak diingini berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Dialog Bersama Pekilang-pekilang Kawasan Perindustrian Cheng dan Krubong di Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian (MISDEC) di sini hari ini.

Md. Yunos berkata, majikan perlu menyediakan tempat penginapan pekerja asing yang cukup selesa dengan dilengkapi dengan dapur, televisyen, bilik air yang sempurna dan tempat untuk beriadah.

Beliau menambah, jika majikan menempatkan 20 pekerja dalam satu rumah tiga bilik ia akan membuatkan pekerja berada dalam keadaan tidak selesa.

"Bila tidak selesa, mereka akan melepak di luar rumah beramai-ramai dan tentulah keadaan itu menganggu suasana harmoni masyarakat tempatan sekitarnya," katanya sambil menambah terdapat 33,000 pekerja asing bekerja dalam sektor perkilangan di negeri ini.

Beliau berkata, setiap majikan juga perlu mempunyai sikap mengambil berat tentang keadaaan kediaman pekerja mereka.

Sebagai contoh, katanya, majikan boleh melakukan pemantauan terhadap kediaman pekerja untuk mengetahui tahap kebersihan dan keperluan mereka dari semasa ke semasa.

"Selain itu, kerajaan negeri juga kini sedang berbincang dengan beberapa pekilang untuk menyediakan kawasan asrama kepada pekerja yang dapat memenuhi keperluan mereka," katanya.

Melaka tubuh JK industri

Dipetik dari Utusan Malaysia

MELAKA 9 Jun - Kerajaan negeri menubuhkan Jawatankuasa (JK) Industri dalam usaha mewujudkan hubungan interaksi yang sihat antara pihak berkenaan pada masa depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, jawatankuasa itu dianggotai wakil industri di seluruh negeri dengan dibantu oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM).

Menurut beliau, penubuhannya bertujuan menggerakkan hubungan kerjasama di kalangan warga industri negeri ini dengan agensi kerajaan melalui program yang diatur oleh kerajaan negeri.

''Menerusi kepelbagaian program yang bakal digerakkan nanti, ia diharap mampu menjadi pencetus kepada kepesatan industri yang lebih giat di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup Makan Malam Bintang Industri di Dataran Sungai Melaka di sini baru-baru ini.

Teks ucapan Mohd. Ali dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin.

Menurutnya, usaha itu bertepatan dengan keadaan ekonomi dunia kini yang tidak menentu berikutan kemelut kewangan yang melanda beberapa syarikat gergasi dunia terutama di Amerika Syarikat.

''Hanya negara yang memiliki asas ekonomi yang kukuh sahaja mampu bertahan dan bersaing dalam keadaan semasa hari ini," katanya.

Kata Ketua Menteri, setakat ini, terdapat 434 buah kilang industri yang beroperasi di negeri ini dengan sejumlah 112 daripadanya melibatkan pelabur asing manakala 322 buah kilang merupakan syarikat tempatan.

''Ia melibatkan sejumlah pelaburan di negeri ini mencecah sebanyak RM26.87 juta.

''Kita berharap agar lebih banyak kilang industri dapat beroperasi negeri ini sekali gus mengerakkan lagi pertumbuhan ekonomi di negeri ini," katanya.

Beliau berkata, kewujudan lebih banyak kilang industri di negeri ini pada masa depan mampu meningkatkan peluang pekerjaan di kalangan anak tempatan khususnya yang terjejas ekoran masalah ekonomi dunia baru-baru ini.

Mesyuarat Penyelaras UMNO

Semalam, saya telah mempengerusikan mesyuarat Penyelaras UMNO DUN yang diadakan di Balairaya Pengkalan Renggam. Saya juga telah menyampaikan beberapa perkara yang telah diminta oleh YAB Datuk Mohd Ali. Antaranya pemimpin perlulah turun padang dan mempunyai hubungan yang baik dengan "Grassroot", Lawatan YAB ke DUN Ayer Molek pada 7 Ogos 2009 (Jumaat), Penambahan keahlian baru ahli UMNO serta memaklumkan tarikh baru Hari Japerun iaitu pada 17-19 Julai 2009 yang akan diadakan di Kompleks Japerun Ayer Molek.

Saya telah meminta Tn. Hj. Azmi untuk menyelaras perancangan dan aktiviti pada Hari Japerun nanti. Saya juga telah meminta Pemuda & Puteri untuk memaklumkan jumlah pertambahan ahli pada setiap kali mesyuarat. Agar kita dapat memantau arah tuju golongan muda ini dan dapat membuat perancangan untuk menarik minat mereka agar menyertai UMNO. Saya juga berharap agar semua sayap dapat mengadakan program di peringkat DUN serta bekerjasama dalam menjayakan Hari Japerun nanti.

Gotong Royong Di Kampung Kandang

Ahad, 7 Jun 2009

7 Jun 2009 (Ahad), saya telah menghadiri program gotong royong di Kampung Kandang sempena penyertaan wanita kampung Kandang pada pertandingan KPWD.Terdapat 3 jalan yang diberi tumpuan semasa gotong royong tersebut iaitu Jalan Bukit Jinjing, Jalan ke rumah ketua wanita dan juga Jalan Hassan Bidin. Di mana, saya juga telah menanam sebatang pokok kelapa pandan dan isteri saya pula menanam pokok bunga di suatu sudut landskap yang ingin diperindahkan. Sukarelawan UMNO DUN juga turut serta dalam program ini.

Saya berharap agar, wanita kampung ini akan berjaya mengharumkan nama DUN serta Melaka di peringkat kebangsaan dengan penyertaan mereka ini. Di mana, laluan yang perlu dibaiki, saya telah meminta bantuan samaada dari MBMB ataupun JKR bagi membantu kampung ini.

Perasmian Mesyuarat Tahunan UMNO Cawangan Ayer Molek

Sabtu, 23 Mei 2009

Pada 23 Mei 2009 (Sabtu), jam 9.00 malam, saya telah merasmikan mesyuarat UMNO cawangan Ayer Molek iaitu cawangan saya sendiri. Saya meminta kepada semua ahli UMNO yang hadir agar dapat mennegur saya sekiranya ada kekurangan pada pentadbiran saya di cawangan Ayer Molek serta sekiranya terdapat rasa tidak puas hati terhadap Ketua Wanita, Pemuda & Puteri bolehlah dimaklumkan kepada saya supaya ianya dapat diselesaikan secara keluarga.

Selain itu, saya juga memaklumkan bahawa kemudahan infrastruktur di Ayer Molek adalah baik dan hampir kesemua penduduk telah dapat menikmatinya. Peruntukan atau bantuan kebajikan juga banyak telah disalurkan kepada mereka yang memerlukan dan mereka yang layak akan dipastikan untuk memperolehinya. Pada akhir Jun atau awal Julai, Dun Ayer Molek akan mengadakan Hari Japerun di mana, saya akan menyenaraikan semua projek dan keperluan yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh perkhidmatan saya selaku YB ADUN Kawasan sebagai makluman kepada semua penduduk di Dun Ayer Molek.

Saya juga memaklumkan bukan semua, yang hendak diberikan bantuan hendak menerimanya kerana ada juga yang menolak dengan alasan beliau mempunyai anak yang boleh membantu beliau. Saya juga meminta Puteri dan Pemuda untuk mengadakan program bagi menghayati perjuangan UMNO. Selain itu, ahli Wanita, Pemuda & Puteri harus menghayati lagu sayap masing - masing kerana saya mendapati ada diantaranya tidak dapat menyanyikannya dengan sempurna. Saya juga menyeru kepada Pemuda & Puteri untuk mendaftarkan ahli baru serta sebagai pemilih bagi yang belum mendaftar lagi. pemuda & puteri harus bijak untuk menarik minta generasi muda untuk menyertai UMNO dan memberi penerangan kepada mereka erti perjuangan UMNO. Saya berharap agar Ketua Pemuda & Puteri dapat menarik lebih banyak ahli baru dan menjadi pemimpin kepada generasi muda dalam kelompok yang kecil.

Saya juga berharap agar orang yang telah berada dalam UMNO terutamanya yang menjadi pemimpin supaya tidak gentar dengan pertambahan ahli atau ahli baru semasa pemilihan UMNO yang akan datang. Jangan fikir mereka akan lawan kita. Kita haruslah berfikiran positif dan sentiasa melahirkan pemimpin muda bagi menggantikan kita pada masa hadapan. Didiklah mereka bagi menjadi seorang pemimpin yang bagis pada masa hadapan. Akhir kata saya berharap cawangan ini akan dapat menjalankan mesyuaratnya dengan jayanya.

 
Dari Pena YB Datuk Yunos - by DaNiaHoneY Blogger