Perasmian Mesyuarat Tahunan UMNO Cawangan Ayer Molek

Sabtu, 23 Mei 2009

Pada 23 Mei 2009 (Sabtu), jam 9.00 malam, saya telah merasmikan mesyuarat UMNO cawangan Ayer Molek iaitu cawangan saya sendiri. Saya meminta kepada semua ahli UMNO yang hadir agar dapat mennegur saya sekiranya ada kekurangan pada pentadbiran saya di cawangan Ayer Molek serta sekiranya terdapat rasa tidak puas hati terhadap Ketua Wanita, Pemuda & Puteri bolehlah dimaklumkan kepada saya supaya ianya dapat diselesaikan secara keluarga.

Selain itu, saya juga memaklumkan bahawa kemudahan infrastruktur di Ayer Molek adalah baik dan hampir kesemua penduduk telah dapat menikmatinya. Peruntukan atau bantuan kebajikan juga banyak telah disalurkan kepada mereka yang memerlukan dan mereka yang layak akan dipastikan untuk memperolehinya. Pada akhir Jun atau awal Julai, Dun Ayer Molek akan mengadakan Hari Japerun di mana, saya akan menyenaraikan semua projek dan keperluan yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh perkhidmatan saya selaku YB ADUN Kawasan sebagai makluman kepada semua penduduk di Dun Ayer Molek.

Saya juga memaklumkan bukan semua, yang hendak diberikan bantuan hendak menerimanya kerana ada juga yang menolak dengan alasan beliau mempunyai anak yang boleh membantu beliau. Saya juga meminta Puteri dan Pemuda untuk mengadakan program bagi menghayati perjuangan UMNO. Selain itu, ahli Wanita, Pemuda & Puteri harus menghayati lagu sayap masing - masing kerana saya mendapati ada diantaranya tidak dapat menyanyikannya dengan sempurna. Saya juga menyeru kepada Pemuda & Puteri untuk mendaftarkan ahli baru serta sebagai pemilih bagi yang belum mendaftar lagi. pemuda & puteri harus bijak untuk menarik minta generasi muda untuk menyertai UMNO dan memberi penerangan kepada mereka erti perjuangan UMNO. Saya berharap agar Ketua Pemuda & Puteri dapat menarik lebih banyak ahli baru dan menjadi pemimpin kepada generasi muda dalam kelompok yang kecil.

Saya juga berharap agar orang yang telah berada dalam UMNO terutamanya yang menjadi pemimpin supaya tidak gentar dengan pertambahan ahli atau ahli baru semasa pemilihan UMNO yang akan datang. Jangan fikir mereka akan lawan kita. Kita haruslah berfikiran positif dan sentiasa melahirkan pemimpin muda bagi menggantikan kita pada masa hadapan. Didiklah mereka bagi menjadi seorang pemimpin yang bagis pada masa hadapan. Akhir kata saya berharap cawangan ini akan dapat menjalankan mesyuaratnya dengan jayanya.

Gotong Royong SRS Ayer Molek

Isnin, 18 Mei 2009

Pada 17 Mei 2009 (Ahad), saya telah merasmikan gotong royong yang dianjurkan oleh SRS Ayer Molek di Taman Ayer Molek Jaya. Ianya melibatkan 3 taman yang terdapat di sekitar kawasan tersebut iaitu Taman Ayer Molek Jaya, Taman Pusaka dan Taman Ayer Molek Mesra dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman. Sejak SRS ini ditubuhkan ianya telah berjaya mengurangkan kejadian pecah rumah serta perkara - perkara yang melibatkan masalah sosiao yang pernah berlaku di Kampung Ayer Molek.

Saya rasa bangga dengan penubuhan SRS ini kerana ianya adalah tanggungjawab sosial yang dapat kita berikan kepada masyarakat setempat.Tiada kes tidak ambil tahu antara jiran tetangga sehingga sekiranya berlaku kejadian mencuri, jiran ingat jiranya berpindah. Ini akan merugikan kita semua disamping telah menjarakkan diri kita antara satu sama lain.

Bagi Sukarelawan UMNO yang dapat hadir pada gotong royong tersebut saya ucapkan terima kasih kerana dapat memberi komitmen untuk bersama - sama dalam menjayakan program tersebut. YAB Ketua Menteri juga sempat meluangkan masa untuk hadir pada program ini.

Tahniah saya ucapkan pada SRS Ayer Molek.

Meningitis: Wakil rakyat temui penduduk

Isnin, 11 Mei 2009

Petikan Dari Utusan Malaysia

MELAKA 11 Mei – Wakil rakyat dan agensi kerajaan berkaitan mengadakan majlis dialog dengan penduduk Tiang Dua di sini, bagi menerangkan kepada penduduk mengenai situasi penyakit radang selaput otak (meningitis) yang melanda Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di situ, baru-baru ini.

Majlis dialog itu berlangsung di balai raya Tiang Dua bermula dari pukul 12 tengah hari hingga 1.30 petang.

Kerajaan negeri diwakili Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Ayer Molek, Datuk Md. Yunos Husin, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan negeri yang juga ADUN Bemban, Chua Keng Hua, Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Ghazali Othman dan beberapa wakil dari Akademi JPJ.

Kebanyakan penduduk yang hadir pada pertemuan khas itu terdiri dari kalangan penduduk dan peniaga restoran makanan yang sebahagian besarnya terdiri dari kaum Cina.

Sementara itu, Dr. Ghazali berkata, penyakit meningitis tidak boleh merebak menyerang penduduk berdekatan memandangkan pihaknya telah mengambil langkah awal bagi membendung penyakit tersebut dari menular.

Katanya, antara usaha yang diambil termasuk mengasingkan pelatih dan kakitangan akademi agar pergerakan mereka hanya dihadkan dalam lingkungan kawasan akademi.

‘‘Malah, kita turut memberi ubat kepada pengawal keselamatan yang mengawal laluan pintu masuk akademi.

‘‘Pihak pengurusan akademi juga turut menetapkan prosedur khas kepada pelawat yang masuk ke dalam akademi agar pergerakan mereka dapat dipantau,” katanya pada majlis dialog tersebut.

Dalam kejadian 4 Mei lalu, seorang pelatih Akademi JPJ Tiang Dua meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Melaka manakala tiga dimasukkan ke ICU dan 85 lagi terpaksa dikuarantin akibat radang selaput otak.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mohd. Hafiz Zainuddin, 24, berasal dari Kelantan dan menetap di Lot PT 740, Taman Harmoni Kampung Beris Jambu, Kota Bahru, Kelantan.

Ghazali berkata, pihaknya tidak boleh membuat semburan asap seperti yang diminta oleh penduduk di kawasan itu memandangkan penyakit tersebut bukan berpunca dari serangga nyamuk.

Senarai Projek Infrastruktur Asas Luar Bandar (PIAS)

Isnin, 4 Mei 2009

1. Kerja - Kerja Membina Longkang Dan tembok Di
Jalan Imam Salleh, Pengkalan Renggam

2. Kerja - kerja Menaiktaraf Jalan - Jalan
Kampung Di Bukit Nibong

3. Kerja - Kerja Menaiktaraf Jalan Kampung Dari Tiang
Elektrik JKM 64/1 Hingg JKM 64/3 Kampung Kandang

4. Kerja - Kerja Menaiktaraf Jalan Kampung Di Kampung
Pendamar Bukit Lintang

5. Kerja - Kerja Menaiktaraf Jalan Di Kampung Pengkalan
Renggam Fasa 2

6. Kerja - Kerja Menaiktaraf Jalan - Jalan Kampung Di
Kampung Pengkalan Renggam Fasa 1

7. Kerja - Kerja Menaiktaraf Jalan Kampung Di Pengkalan
Renggam

8. Kerja - Kerja Membina Longkang Konkrit Dan Tembok Di
Jalan Bilal Tambak Paya

9. Kerja - Kerja Membina Longkang Konkrit Di Pembentung
Rumah Hjh Kalthum, Km 11, Ayer Molek

10. Kerja - Kerja Membina Longkang Dan tembok Di Jalan
Solok Fajar Bukit Nibong

11. Kerja - Kerja Membina Longkang Konkrit Dari Simpang
Empat Paya Redan Hingga Ke Sungai Paya Redan

12. Kerja - Kerja Membina Longkang Di Jalan Ismail,
Ayer Molek

13. Kerja - Kerja Membina Longkang Konkrit dan Menambak
Tanah di Surau Batu Paya Dalam

14. Kerja - Kerja Membina Longkang Konkrit Di Kampung
Solok Kemang Kandang

15. Kerja - Kerja Membina culvert Dan Longkang di Kampung
Balik Bukit Darat

16. Kerja - Kerja Menaiktaraf Jalan - Jalan Kampung
Di Kampung Kandang

Senarai Projek Infrastruktur Awam (PIA)

1. Kerja - Kerja Pemdawaian Semula Di Dewan Japerun Ayer Molek

2. Kerja - Kerja Menaiktaraf Dewan Japerun Ayer Molek

3. Kerja - Kerja Baikpulih Surau kampung Bukit Gedong, Paya Dalam

4. Kerja - Kerja Baikpulih Surau Bat Putih, Paya Dalam Utara

5. Kerja - Kerja Menaiktaraf Tandas, Stor Dan bilik Sembahyang
Kompleks Japerun Ayer Molek

6. Kerja - Kerja Baikpulih Surau Rumah Awam Bukit Lintang

7. Kerja - Kerja baikpulih SRA JAIM Ayer Molek Khairiah, Ayer Molek

8. Kerja - Kerja Baikpulih Madrasah An-Nur Taman Desa Molek

 
Dari Pena YB Datuk Yunos - by DaNiaHoneY Blogger