Gotong Royong SRS Ayer Molek

Isnin, 18 Mei 2009

Pada 17 Mei 2009 (Ahad), saya telah merasmikan gotong royong yang dianjurkan oleh SRS Ayer Molek di Taman Ayer Molek Jaya. Ianya melibatkan 3 taman yang terdapat di sekitar kawasan tersebut iaitu Taman Ayer Molek Jaya, Taman Pusaka dan Taman Ayer Molek Mesra dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman. Sejak SRS ini ditubuhkan ianya telah berjaya mengurangkan kejadian pecah rumah serta perkara - perkara yang melibatkan masalah sosiao yang pernah berlaku di Kampung Ayer Molek.

Saya rasa bangga dengan penubuhan SRS ini kerana ianya adalah tanggungjawab sosial yang dapat kita berikan kepada masyarakat setempat.Tiada kes tidak ambil tahu antara jiran tetangga sehingga sekiranya berlaku kejadian mencuri, jiran ingat jiranya berpindah. Ini akan merugikan kita semua disamping telah menjarakkan diri kita antara satu sama lain.

Bagi Sukarelawan UMNO yang dapat hadir pada gotong royong tersebut saya ucapkan terima kasih kerana dapat memberi komitmen untuk bersama - sama dalam menjayakan program tersebut. YAB Ketua Menteri juga sempat meluangkan masa untuk hadir pada program ini.

Tahniah saya ucapkan pada SRS Ayer Molek.

1 ulasan:

Nory berkata...

salam Dato.Saya ada mengadakan rawatan wajah secara percuma bg belia2 wanita yg berminat.Kepada puteri Umno bahagian Dato yg berminat utk adakan sebagai aktiviti boleh menghubungi sy.
tq dato.

 
Dari Pena YB Datuk Yunos - by DaNiaHoneY Blogger