Perasmian Mesyuarat Tahunan UMNO Cawangan Ayer Molek

Sabtu, 23 Mei 2009

Pada 23 Mei 2009 (Sabtu), jam 9.00 malam, saya telah merasmikan mesyuarat UMNO cawangan Ayer Molek iaitu cawangan saya sendiri. Saya meminta kepada semua ahli UMNO yang hadir agar dapat mennegur saya sekiranya ada kekurangan pada pentadbiran saya di cawangan Ayer Molek serta sekiranya terdapat rasa tidak puas hati terhadap Ketua Wanita, Pemuda & Puteri bolehlah dimaklumkan kepada saya supaya ianya dapat diselesaikan secara keluarga.

Selain itu, saya juga memaklumkan bahawa kemudahan infrastruktur di Ayer Molek adalah baik dan hampir kesemua penduduk telah dapat menikmatinya. Peruntukan atau bantuan kebajikan juga banyak telah disalurkan kepada mereka yang memerlukan dan mereka yang layak akan dipastikan untuk memperolehinya. Pada akhir Jun atau awal Julai, Dun Ayer Molek akan mengadakan Hari Japerun di mana, saya akan menyenaraikan semua projek dan keperluan yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh perkhidmatan saya selaku YB ADUN Kawasan sebagai makluman kepada semua penduduk di Dun Ayer Molek.

Saya juga memaklumkan bukan semua, yang hendak diberikan bantuan hendak menerimanya kerana ada juga yang menolak dengan alasan beliau mempunyai anak yang boleh membantu beliau. Saya juga meminta Puteri dan Pemuda untuk mengadakan program bagi menghayati perjuangan UMNO. Selain itu, ahli Wanita, Pemuda & Puteri harus menghayati lagu sayap masing - masing kerana saya mendapati ada diantaranya tidak dapat menyanyikannya dengan sempurna. Saya juga menyeru kepada Pemuda & Puteri untuk mendaftarkan ahli baru serta sebagai pemilih bagi yang belum mendaftar lagi. pemuda & puteri harus bijak untuk menarik minta generasi muda untuk menyertai UMNO dan memberi penerangan kepada mereka erti perjuangan UMNO. Saya berharap agar Ketua Pemuda & Puteri dapat menarik lebih banyak ahli baru dan menjadi pemimpin kepada generasi muda dalam kelompok yang kecil.

Saya juga berharap agar orang yang telah berada dalam UMNO terutamanya yang menjadi pemimpin supaya tidak gentar dengan pertambahan ahli atau ahli baru semasa pemilihan UMNO yang akan datang. Jangan fikir mereka akan lawan kita. Kita haruslah berfikiran positif dan sentiasa melahirkan pemimpin muda bagi menggantikan kita pada masa hadapan. Didiklah mereka bagi menjadi seorang pemimpin yang bagis pada masa hadapan. Akhir kata saya berharap cawangan ini akan dapat menjalankan mesyuaratnya dengan jayanya.

0 ulasan:

 
Dari Pena YB Datuk Yunos - by DaNiaHoneY Blogger